KUCHING - Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan di dalam bilik sebuah apartmen di Jalan Sungai Tapang di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, bilik gerakan telah menerima laporan tersebut kira-kira jam 4.40 pagi tadi dan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah ke lokasi kejadian.