[VIDEO] Salji turun di Iraq

Iklan
Perkongsian Zainab kini tular di media sosial yang meraih 2,600 tontonan.

IRAQ - Iraq yang sebelum ini dikatakan sebuah negara panas dan berpasir dikejutkan dengan kejadian salji turun melitupi tanahnya.

Kejadian itu dikongsi seorang pelayar Twitter bernama Zainab Zaidi mengenai keadaan semasa di Iraq.

Iklan
Iklan

"Jarang salji turun di Iraq. Karbala pagi ini ditutupi dengan salji putih yang sangat cantik," tulisnya.

Fenomena itu dianggap luar biasa oleh penduduk setempat kerana kali terakhir salji turun di negara tersebut pada 2008.

Iklan

Perkongsian Zainab kini tular di media sosial dan ramai netizen terpegun dan bersyukur di atas limpahan rahmat yang ALLAH kepada Iraq.

Tangkapan layar video memaparkan salji turun di Iraq.

"Alhamdulillah, sungguh cantik aku melihat salji turun di muka bumi Iraq. Tidak sangka salji boleh turun di negara yang panas itu. Inilah kuasa ALLAH," tulis Amir Rahim di Twitter.

Iklan

Syakir Yahya pula memberitahu,"Subhanallah, sungguh cantik ciptaanMu ya ALLAH. Kalau telah tunjukkan kuasaMu bahawa salji boleh turun di tempat yang panas. Rakyat Iraq harus bersyukur dengan kejadian ini."

Dalam pada itu, menerusi laporan AL-Jazeera, Ketua Media Jabatan Meteorologi Iraq, Amer Al-Jaberi berkata, walaupun fenomena itu sering berlaku di pergunungan utara Iraq namun ia asing di kawasan tengah dan selatan negara itu.

Rata-rata netizen terpengun dan bersyukur atas limpahan rahmat yang diberikan oleh ALLAH kepada Iraq.

"Gelombang sejuk ini datang dari Eropah dan dijangka berterusan sehingga Rabu depan kerana keadaan cuaca masih lagi sejuk," katanya.