Ikut jejak langkah kakak peroleh Anugerah Pelajaran Diraja

Iklan
Mohammad Haziq Zikri menerima Anugerah Pelajaran Diraja UPM 2024.

SHAH ALAM - Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohammad Haziq Zikri Zainuri, 23, mengakui semangatnya untuk berjaya banyak didorong oleh kejayaan kakaknya.

Beliau ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM baru-baru ini mengakui kakaknya, Farhana Munirah Zainuri yang juga penerima Anugerah Pelajaran Diraja di Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2022 kini sudah bekerja sebagai Jurutera di Korea Environment Corporation.

Iklan
Iklan

Penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Dietetik dengan Kepujian ini berkata, bukan mudah untuk sampai ke tahap itu.

"Saya pernah hampir putus asa pada semester kelima dan apa yang saya perolehi ini rezeki daripada ALLAH SWT kerana saya tahu tahap saya di mana,” katanya yang memperolehi CGPA 3.80.

Iklan

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, selain fokus kepada pelajaran dia juga aktif dan pernah memegang jawatan Yang Dipertua Perwakilan Pelajar UPM dan Ketua Eksekutif Kebajikan Sukarelawan Siwa, Majlis Pendidikan Kebangsaan.

"Cabarannya ialah perlu seimbangkan antara aktiviti dan pelajaran, memang sukar tapi saya cuba sedaya upaya,” ujarnya.

Iklan

Tambahnya lagi, berkat doa dan usaha itu juga dia kini sudah menerima tawaran dan bekerja selama dua bulan sebagai Event Dietitian di VitaHealth.

Seorang lagi Penerima Anugerah Pelajaran Diraja ialah D Anoushri Menon yang merupakan penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat dengan kepujian.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menyampaikan anugerah berkenaan pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 (Sidang 2) Tahun 2024 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM pada Sabtu.