SHAH ALAM - Sebuah video memaparkan majlis perkahwinan sepasang mempelai bangsa Cina bertemakan tradisi Melayu meraih perhatian ramai.
Video berdurasi 59 saat yang dikongsi pengguna aplikasi X itu menyaksikan pasangan pengantin masuk ke dewan diiringi paluan kompang dan tarian singa.
"Perkahwinan Cina tetapi sebaliknya adalah Melayu. Ini sangat comel Malaysia betul, boleh jadi 'wedding of the year'!
"Kali pertama tengok perkahwinan baba nyonya," tulis netizen di ruangan kapsyen.
Perkongsian video berkenaan meraih perhatian warganet yang rata-ratanya berpendapat pasangan terbabit sangat ideal, unik dan comel.
Perkahwinan baba dan nyonya merupakan adat yang paling unik di Malaysia.
Unsur-unsur kebudayaan Cina dan Melayu mempengaruhi adat perkahwinan tersebut.