SHAH ALAM - Mangsa banjir di seluruh negara menunjukkan trend penurunan apabila jumlah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri berkurangan kepada 137,138 orang setakat 9 pagi pada Isnin berbanding 143,550 orang pada petang Ahad.
Enam negeri tersebut termasuk Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Melaka.
Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 86,382 orang di 254 PPS membabitkan sembilan jajahan.
Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 29,491 orang di 64 PPS diikuti Tumpat 19,987 orang (45 PPS), Pasir Puteh 10,716 orang (30 PPS), Kota Bharu 7,514 orang (34 PPS) dan Bachok 6,129 orang (15 PPS).
Kuala Krai merekodkan 5,183 mangsa di 15 PPS, Machang 4,766 mangsa (21 PPS), Tanah Merah 2,497 mangsa (16 PPS) dan Jeli 81 mangsa (satu PPS).
Di TERENGGANU, mangsa banjir juga berkurang kepada 37,889 orang dengan Besut masih menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa seramai 9,217 orang di 87 PPS daerah itu.
Ini diikuti Dungun 8,724 orang (44 PPS), Hulu Terengganu 7,706 orang (55 PPS), Setiu 3,281 orang (36 PPS), Kuala Terengganu 3,174 orang (11 PPS), Kuala Nerus 2,551 orang (12 PPS), Kemaman 1,137 orang (10 PPS) dan Marang 956 orang (10 PPS).
Mangsa banjir di KEDAH berkurangan kepada 8,463 berbanding 5,500 mangsa pada jam 5 petang pada Ahad, dengan Kota Setar menjadi daerah paling terkesan dengan jumlah seramai 3,612 orang di 16 PPS.
Empat lagi daerah yang terjejas ialah, Kubang Pasu 2,676 orang (14 PPS), Padang Terap 1,000 orang (tujuh PPS), Pokok Sena 591 orang (empat PPS), Sik 559 orang (tujuh PPS) dan Baling 30 orang (satu PPS).
Di MELAKA berlaku penyusutan mangsa seramai 244 orang dengan tiga daerah terlibat berbanding hari sebelumnya iaitu sebanyak 244 mangsa.
Tiga daerah tersebut ialah, Jasin 161 orang (dua PPS), Melaka Tengah 66 orang (satu PPS) dan Alor Gajah 17 orang (satu PPS).
NEGERI SEMBILAN mencatatkan penurunan kepada 1,064 mangsa (tujuh PPS) di tiga daerah yang terkesan.
Daerah tersebut ialah Tampin dengan 916 mangsa di empat PPS, Jempol 110 orang (dua PPS) dan Kuala Pilah seorang (satu PPS).
Banjir di PERLIS merekodkan jumlah mangsa yang terlibat masih kekal 225 orang sama seperti hari sebelumnya.
Daerah yang terjejas itu ialah Arau dengan 225 mangsa dan satu PPS dibuka.
Di SELANGOR turut menunjukkan penyusutan dengan jumlah mangsa seramai 229 di Klang.
Bagaimanapun JOHOR pula berlaku peningkatan berbanding Ahad petang dengan jumlah terkini seramai 854 orang di satu daerah terlibat iaitu Segamat yang menunjukkan jumlah mangsa seramai 842 orang (18 PPS).
Bagitu juga di PERAK, berlaku pertambahan mangsa sebanyak 511 di empat daerah terlibat.
Empat daerah terjejas tersebut ialah Kinta 351 orang (enam PPS), Kampar 61 orang (satu PPS), Hilir Perak 52 orang (satu PPS) dan Larut, Matang serta Selama 47 orang (satu PPS).
Di PAHANG jumlah mangsa seramai 1,506 orang dengan tiga daerah terlibat berbanding hari sebelumnya iaitu sebanyak 1,217 mangsa.
Daerah tersebut adalah Raub dengan 1,374 orang (20 PPS), Jerantut 105 orang (lima PPS) dan Lipis 27 orang (satu PPS).