Piala Remaja Asia: Vikneswaran ada perancangan tersendiri bertemu India

Iklan
Young Tigers menamatkan saingan kumpulan B Piala Remaja Asia 2024 di tempat kedua selepas tumpas kepada Pakistan 4-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Hoki Oman di Muscat, Oman. Foto Facebook MHC

KETUA jurulatih skuad remaja negara, I Vikneswaran mempunyai perancangan tersendiri bagi menghadapi pasukan India pada peringkat separuh akhir Piala Remaja Asia 2024, pada Selasa.

Vikneswaran berkata, beliau dan barisan kejurulatihan akan menggunakan tempoh rehat satu hari sebaiknya, bagi membina pasukan yang mantap dalam mengintai slot ke final.

Iklan
Iklan

"Banyak yang kita harus lakukan dan sudah semestinya pemulihan pemain adalah penting, sebagai persediaan untuk menghadapi dua perlawanan yang seterusnya.

Semalam, Young Tigers menamatkan saingan kumpulan B Piala Remaja Asia 2024 di tempat kedua selepas tumpas kepada Pakistan 4-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Hoki Oman di Muscat, Oman.

Iklan

Bagaimanapun keputusan itu tidak menjejaskan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir, memandangkan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya.

Mengulas berkenaan perlawanan semalam, Vikneswaran tetap bangga dengan aksi ditampilkan anak buahnya meskipun gagal meraih kemenangan pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu.

Iklan

Beliau berkata kejayaan meraih tempat kedua itu, telah melayakkan pasukannya untuk ke Piala Dunia Remaja tahun depan yang dijadual berlangsung di India pada Disember 2025.

"Kita bermula baik dengan Pakistan dan malah kita juga berjaya mengawal permainan serta meraih beberapa peluang namun tidak dapat disempurnakan. Namun saya bangga dengan corak dan mutu permainan yang ditampilkan,” katanya.

Untuk rekod Malaysia pernah menjuarai Piala Remaja Asia pada 2012, di Melaka. - Bernama