Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya

Iklan
Biden Foto Xinhua

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hunter, 54, sebelum ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan cukai persekutuan dalam perbicaraan kedua selepas didapati bersalah atas pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api dan penggunaan dadah.

Iklan
Iklan

Hukuman dijangka diumumkan pada Disember.

Presiden AS itu walaupun pernah berjanji tidak akan campur tangan dalam keputusan Jabatan Kehakiman berkata:"Jelas sekali bahawa Hunter dilayan secara berbeza."

Iklan

"Tiada individu yang munasabah yang meneliti fakta kes Hunter boleh membuat kesimpulan lain selain bahawa Hunter menjadi sasaran hanya kerana dia anak saya - dan ini adalah salah,” kata Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih. - Bernama-dpa

Iklan