'Sayu hati lihat anak pelajar terpaksa berpindah-randah' - MB Terengganu

Iklan
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluahkan rasa sayu apabila melihat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir terpaksa berpindah-randah demi menduduki peperiksaan tersebut.

Menerusi hantaran di laman sosialnya, beliau turut menyifatkan situasi itu antara cabaran yang terpaksa diharungi pelajar berkenaan demi menempa kejayaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bencana yang berlaku itu bukan sahaja menjejaskan ribuan pelajar dan keluarga malah banyak sekolah juga terpaksa ditutup kerana dinaiki air.

"Sayu hati melihat keadaan anak-anak pelajar yang terpaksa berpindah-randah dengan risiko keselamatan, namun perlu juga menghadapi peperiksaan demi mencapai impian masing-masing.

Iklan

"Sama-sama kita doakan moga dipermudahkan urusan dan dilapangkan hati buat semua calon SPM 2024 menghadapi peperiksaan yang bermula esok," tulisnya menerusi hantaran di laman sosial pada Ahad.

Seramai 1,734 calon SPM yang terjejas banjir di seluruh Terengganu berjaya menduduki peperiksaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijadualkan bermula Isnin hingga Khamis.

Iklan

Kesemua pelajar berkenaan merupakan calon SPM dari 20 buah sekolah di enam daerah terjejas akibat bencana banjir.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong, pelajar berkenaan telah melalui pelan bencana banjir Ops Payung bagi membolehkan menduduki peperiksaan itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sebelum ini, JPNT telah mengaktifkan Ops Payung bagi memastikan peperiksaan SPM yang bermula pada hari ini berjalan dengan lancar.