PUTRAJAYA - Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk membantu Timor-Leste dalam membangunkan industri halalnya, membantu negara itu meneroka pasaran halal global yang bernilai lebih AS$3 trilion.
Menurut kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao ke Malaysia, kerjasama ini bertujuan memanfaatkan potensi yang besar, menggalakkan pertumbuhan bersama dan mengukuhkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
"Dalam meningkatkan lagi dan mempelbagaikan kerjasama ekonomi, kedua-dua pemimpin menggalakkan agensi penggalakan perdagangan dan pelaburan Malaysia dan Timor-Leste untuk meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di kedua-dua negara,” katanya. - Bernama