Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah dipecat

Iklan
Raymond - Foto: Sabahpost

KOTA KINABALU - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Raymond Ahuar menerima dengan hati terbuka pemecatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Dalam satu kenyataan hari ini, Raymond berkata, berita pemecatannya adalah benar.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan isu pemecatan saya dibawa ke Mesyuarat Kabinet negeri Sabah dan diusulkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah serta mendapat sokongan majoriti anggota Kabinet.

"Datuk Christina juga memaklumkan beliau akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan notis pemecatan secepat mungkin," katanya.

Iklan

Menurut Raymond, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepadanya sejak setahun enam bulan yang lalu menggalas tanggungjawab selaku Setiausaha Politik kepada Christina.

"Sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah serta Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan pusat, saya akan terus memimpin anak muda untuk menentang korupsi, ketirisan dan salahguna kuasa dalam kerajaan hari ini.

Iklan

"Saya akan melaksanakan tanggungjawab selaku Ketua Cabang Keadilan Pensiangan dan Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Pusat bagi membawa suara rakyat agar sampai kepada pengetahuan pemerintah berkenaan keluhan dan keperluan rakyat," katanya.

Menurut Raymond, beliau akan terus mendokong kerajaan dalam melaksanakan manifesto PH serta mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.