Buriram sedia berdepan JDT

Iklan
Osmar (kiri) mahu cipta kejutan berdepan JDT.

PENGENDALI Buriram United, Osmar Loss menegaskan pihaknya sudah bersedia bagi mengharungi aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Malah, Osmar turut yakin anak buahnya dapat mencipta kejutan dalam usaha merebut slot ke peringkat lapan pasukan terbaik Zon Timur bagi saingan kali ini.

Iklan
Iklan

"Kemenangan ini amat penting buat kami. Kami telah tumpas dua kali berturut-turut kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale (0-3) dan Yokomaha Marinos (0-5).

"Oleh itu, kami mahu bangkit dan pertembungan JDT kali ini amat penting untuk melakukan kejutan kerana bukan mudah untuk menewaskan mereka di sini (Stadium Sultan Ibrahim).

Iklan

"Perlawanan ini juga boleh diibaratkan seperti aksi final apatah lagi kedua-dua pasukan mahu bangkit daripada kekalahan dan meraih tiga mata berharga bagi mengukuhkan kedudukan dan seterusnya layak ke pusingan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Sementara itu, pemain pertahanan skuad Thunder Castle yang merupakan tonggak pertahanan skuad Harimau Malaya, Dion Cools mengingatkan rakan sepasukan supaya lebih berwaspada dengan corak permainan pantas Harimau Selatan sepanjang perlawanan.

Iklan

Katanya, dia mengenali ramai pemain JDT dan ia dilihat mampu membantu jurulatih (Osman Loss) untuk merangka strategi terbaik bagi memerangkap lawan.

"Apa pun, saya minta agar semua pemain berhati-hati, kerana JDT mungkin akan tampil dengan corak permainan berbeza

"Secara keseluruhan, JDT adalah pasukan hebat dan kami harus meningkatkan rentak permainan bagi menyaingi mereka yang terkenal melakukan serangan pantas," katanya.