Amirudin kekal terajui PH Selangor

Iklan
Barisan kepimpinan PH Selangor yang baharu diketuai Amirudin (tengah).

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang baharu berkuat kuasa pada Isnin.

Amirudin adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang juga penyandang jawatan Pengerusi PH Selangor sebelum ini.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Ng Sze Han yang merupakan Pengerusi DAP Selangor dilantik sebagai Timbalan Pengerusi 1 dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor dilantik sebagai Timbalan Pengerusi 2.

Dalam pada itu, Setiausaha PKR Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman pula dilantik sebagai Setiausaha PH Selangor dan lantikan baharu ini dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan 2024.

Iklan

Ketua Penerangan PH Selangor, Abbas Azmi dalam kenyataan berkata, barisan kepimpinan dilantik merupakan satu barisan lengkap dan bersepadu antara tiga parti komponen PH Selangor.

Selain itu, ujarnya, PH Selangor terus berazam untuk mengekang amalan takfiri serta pemainan kaum yang jelas mampu melemahkan pembangunan negeri serta membantutkan perkembangan generasi pelapis ke arah generasi modal insan bijak dan harmoni.

Iklan

"Dalam masa yang sama, kepimpinan yang ada hari ini akan memperkukuhkan kesepakatan dan kekuatan untuk memastikan PH Selangor sebagai peneraju kerajaan negeri untuk terus menyantuni rakyat Selangor dengan dasar dan insiatif bermanfaat.

"Seiring penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri juga, PH Selangor membulatkan tekad untuk memperkasakan kerjasama dengan kepimpinan dan jentera Barisan Nasional bagi meneruskan perjalanan kerajaan dan menghadapi pilihan raya akan datang.

Senarai Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Selangor Sesi 2024/2025:

Pengerusi Tetap:Zulfadzlee shah Shaharuddin (Amanah)

Timbalan Pengerus Tetap: Quratulain Atiqah Norzahirulanuar (DAP)

Pengerusi: Datuk Seri Amirudin Shari (PKR)

Timbalan Pengerusi 1: Ng Sze Han (DAP)

Timbalan Pengerusi 2: Izham Hashim (Amanah)

Naib pengerusi 1: Datuk Borhan Aman Shah (PKR)

Naib Pengerusi 2: Ganabatirau a/l Veraman (DAP)

Naib Pengerusi: Bazli Yusof (Amanah)

Setiausaha:Dr Mohd Khairuddin Othman (PKR)

Penolong Setiausaha 1: Yeo Bee Yin (DAP)

Penolong Setiausaha 2: Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim (Amanah)

Bendahari: Jamaliah Jamaluddin (DAP)

Penolong Bendahari 1: Elizabeth wong (PKR)

Penolong Bendahari 2: Mazwan Johar (Amanah)

Ketua Penerangan: Abbas Salimi Azmi (Amanah)

Penolong Ketua Penerangan 1: Halimi Abu Bakar (PKR)

Penolong Ketua Penerangan 2: Wong Siew Ki (DAP)

Ketua Pilihanraya: Dr Yaakob Sapari (PKR)

Penolong Ketua Pilihanraya 1: Tony Leung (DAP)

Penolong Ketua Pilihanraya 2: Zulkefli Mohd Nani (Amanah)

Ketua Pemuda Negeri: Wayne Ong chun Wei (DAP)

Timbalan Ketua Pemuda negeri 1: Muhammad Izuan Ahmad kasim (PKR)

Timbalan Ketua Pemuda negeri 2: Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (Amanah)

Ketua Wanita Negeri: Rawiyiah Zakaria (Amanah)

Timbalan Ketua Wanita negeri 1: Rozana Zainal Abidin (PKR)

Timbalan Ketua Wanita negeri 2: Tiew Way Keng (DAP)

Pengarah Strategik: Saifuddin Shafi Muhammad (PKR)

Pengarah Mobilsasi Pengundi: Rafizal Ali (Amanah)

Pengarah Penyelarasan Parlimen: Shahredzan Johan (DAP)