Motosikal dihanyut arus deras, lelaki dikhuatiri lemas

Iklan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, dekat sini, awal pagi semalam. Foto hiasan

DUNGUN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir yang mengesahkan kejadian sekitar pukul 5 pagi semalam itu berkata, lelaki berkenaan yang berumur 36 tahun bersama dua rakannya memasuki kawasan ladang itu pada hari Sabtu sekitar pukul 5 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam perjalanan pulang, dua rakannya berjaya menyeberang jalan yang dinaiki air dengan menaiki lori, namun motosikal yang ditunggang lelaki itu tiba-tiba dihanyutkan arus deras sebelum terus hilang.

"Rakannya yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun mangsa kemudiannya tidak lagi kelihatan," katanya.

Iklan

Maizura berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada pukul 7 pagi tadi melibatkan agensi daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta bantuan penduduk kampung,” katanya dan menambah motosikal lelaki itu telah ditemukan di sekitar lokasi kejadian. - Bernama

Iklan