Pengadil perlawanan Selangor, Sri Pahang dibaling objek

Iklan
Insiden balingan objek yang berlaku selepas tamat perlawanan antara Selangor dan Sri Pahang.

PENGADIL perlawanan antara Selangor dan Sri Pahang dalam aksi Pusingan 16 Piala Malaysia telah diserang oleh beberapa penyokong yang berada di tempat duduk penonton selepas tamat perlawanan.

Satu video yang tular di laman media sosial menyaksikan tiga pengadil tersebut yang baharu saja selesai mengadili perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu telah dibaling objek oleh penyokong ketika hendak memasuki terowong ke bilik persalinan.

Iklan
Iklan

Namun, mujur objek tersebut tidak terkena pengadil dan pegawai keselamatan bertugas mengiringi ketiga-tiga pengadil tersebut keluar dari kawasan berhampiran padang.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad itu, Selangor terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia selepas tewas kepada Sri Pahang dengan agregat 3-2.

Iklan

Sri Pahang yang mengikat Selangor 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh baru-baru ini berjaya memenangi aksi kedua di Stadium MBPJ 2-1 untuk menempah pertemuan dengan Perak FC di suku akhir.

Turut mencuri tumpuan dalam aksi di Stadium MBPJ itu apabila dua gol yang dihasilkan Sri Pahang merupakan penalti hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) selain jaringan Ali Olwan yang dibatalkan juga selepas semakan VAR.

Iklan