Tiada pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah pada November

Iklan
Tiada pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks di seluruh Malaysia untuk November 2024. Foto hiasan

SHAH ALAM - Tiada pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks di seluruh Malaysia untuk November 2024.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, IPG akan diaktifkan jika purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, IPG lateks juga akan mengikuti apabila IPG getah sekerap diaktifkan.

"Kadar susu getah ditetapkan kepada 90 sen sekilogram dengan 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK).

Iklan

"Pada November 2024, harga purata cuplump di Semenanjung Malaysia adalah RM3.65 sekilogram, Sabah; RM3.30 sekilogram dan Sarawak; RM3.20 sekilogram,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan