PUSPBUMI bimbang isu pembahagian permit Pulau Sipadan didakwa tidak adil

Iklan
Mad Zafar

KOTA KINABALU - Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (PUSPBUMI) meluahkan kebimbangan mereka terhadap isu pembahagian permit Pulau Sipadan yang didakwa kurang adil terutama melibatkan pengusaha bumiputera.

Pengerusinya, Mad Zafar Mad Zahala berkata, keputusan untuk menarik balik permit daripada pengusaha bumiputera dan memberikannya kepada pihak bukan bumiputera mencetuskan persoalan serius mengenai keutamaan dan keadilan dalam dasar pengurusan kawasan pelancongan terpenting di Sabah.

Iklan
Iklan

"Pulau Sipadan merupakan ikon pelancongan dunia dan komuniti bumiputera di Semporna telah lama menjadi tulang belakang kepada pembangunan pelancongan mampan di kawasan ini.

"Keputusan yang seolah-olah meminggirkan pengusaha tempatan bukan sahaja memberi impak negatif kepada ekonomi setempat tetapi juga melemahkan usaha melibatkan komuniti tempatan dalam memelihara khazanah alam sekitar kita," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sehubungan itu, Mad Zafar berkata, PUSPBUMI menegaskan mengenai tuntutan mereka termasuk ketelusan dalam proses pembahagian permit.

"Kami mendesak pihak berkuasa, termasuk Taman-Taman Sabah (TTS) untuk mendedahkan kriteria dan justifikasi di sebalik keputusan pengagihan permit Sipadan.

Iklan

"Selain itu, keutamaan kepada pengusaha bumiputera, di mana sebagai anak jati Semporna pengusaha bumiputera seharusnya diberikan keutamaan dalam sebarang pemberian permit yang melibatkan destinasi pelancongan tempatan.

"Kami juga menyeru pihak berkuasa agar mengkaji semula keputusan pembahagian permit untuk memastikan proses yang adil dan saksama, dengan mengambil kira sumbangan pengusaha bumiputera kepada pembangunan industri pelancongan selama ini

"Dialog terbuka perlu dilakukan bersama pemegang taruh iaitu antara pengusaha bumiputera, TTS dan pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian yang terbaik," katanya.