PELANCARAN Burger Prosperity di McDonald’s Bukit Bintang pada Isnin mencipta sejarah apabila berjaya mengumpulkan 30 Grabcar berarak dengan replika beg kertas McDonalds di atas bumbung.
Bukan setakat itu sahaja, media dan tetamu jemputan yang hadir juga turut tertarik dengan iklan filem rasmi burger berkenaan yang menggunakan lagu popular, Iris nyanyian Datuk Awie yang sudah digubah semula.
Naib Presiden & Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai berkata, Burger Prosperity merupakan hidangan yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia.
Menurutnya, produk ini lebih daripada sekadar burger ia mewakili 30 tahun kenangan, tradisi keluarga, dan kegembiraan bersama rakyat Malaysia berkumpul,”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Burger Prosperity di McDonald’s Bukit Bintang di sini pada Isnin.
Turut hadir pada pelancaran itu Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.
"Melalui filem iklan yang menyentuh hati ini, kami berharap dapat mengingatkan rakyat Malaysia bahawa detik yang benar-benar penting adalah saat yang kami kongsikan dengan orang tersayang," katanya.
Difahamkan filem iklan berkenaan bakal disiarkan di semua platform media sosial McDonald’s.
Jelasnya, sebelum pelancaran rasminya hari ini, rakyat Malaysia diberi peluang merasai hidangan eksklusif melalui penghantaran melalui GrabFood dari 29 November hingga 1 Disember.
Melati berkata, kerjasama istimewa McDonald’s Malaysia dan GrabFood diharap dapat menambahkan lagi keterujaan kemunculan semula burger kesayangan ramai ini.
Tonton filem jenama ProsperityKU dan imbas kembali kenangan terindah yang dikongsi bersama Burger Prosperity dengan melayari: https://youtu.be/cVb7fmo8RNw.