Kira-kira 100 maut dalam keganasan bola sepak di Guinea

Iklan
Keganasan tercetus semasa perlawanan antara pasukan bola sepak Labe dan Nzerekore di Nzerekore, bandar kedua terbesar di negara Afrika Barat itu.

ISTANBUL - Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan semasa perlawanan bola sepak di Guinea pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan.

Keganasan tercetus semasa perlawanan antara pasukan bola sepak Labe dan Nzerekore di Nzerekore, bandar kedua terbesar di negara Afrika Barat itu.

Iklan
Iklan

Meskipun angka kematian sebenar masih belum dapat dipastikan, sumber hospital tempatan melaporkan 'puluhan terkorban', manakala seorang doktor di lokasi menganggarkan jumlah mangsa mungkin mencecah sekitar 100 orang.

Perdana Menteri Guinea, Bah Oury mengecam insiden itu menerusi satu kenyataan di platform X.

Iklan

"Kerajaan kesal dengan insiden yang mencemari perlawanan bola sepak antara pasukan Labe dan Nzerekore petang tadi di Nzerekore.

"Kerajaan sedang memantau situasi dengan teliti dan sekali lagi menyeru semua pihak bertenang agar perkhidmatan hospital tidak terjejas dalam memberikan rawatan kepada mereka yang cedera,” katanya.

Iklan

Menurut laporan, keputusan pengadil yang melayangkan dua kad merah kepada pemain Labe dan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan dipercayai mencetuskan pergaduhan itu.

Perlawanan itu merupakan sebahagian daripada kejohanan yang dianjurkan untuk menghormati Kolonel Mamady Doumbouya, ketua tentera Guinea yang mengambil alih kuasa pada 2021.

Nzerekore, dengan populasi sekitar 200,000 orang terletak kira-kira 570 kilometer di tenggara ibu negara, Conakry. - Bernama/AA