Kematian penuntut UiTM: Kes masih diklasifikasi SDR

Iklan
Mohd Iqbal (kanan) menunjukkan rampasan rokok tidak bercukai yang dirampas dan dilupuskan pada Isnin.

SHAH ALAM - Kes kematian penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Muhammad Amir Rusyaidi, 26, semasa menjalani latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) masih diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah merekod keterangan 34 individu termasuk pegawai perubatan, jurulatih (Palapes), penuntut UiTM serta pengadu.

Iklan
Iklan

Katanya, polis tidak tolak kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu untuk direkod keterangan bagi melengkapkan siasatan.

"Selepas itu, kita akan rujuk ke Koroner (Mahkamah Koroner) untuk arahan lanjut. Kalau koroner kata unsur jenayah, tentunya arahan akan diberikan untuk tindakan sama ada bawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Selepas inkues kita tengok bagaimana. Selain itu, kita juga sedang menyemak rekod kesihatan penuntut (Muhammad Amir) selain siasatan dijalankan dari semua sudut," katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini pada Isnin.

Mohd Iqbal berkata, polis mengingatkan agar mana-mana pihak untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kes itu.

Iklan

Menurutnya, jika ada sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubung Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025.

Khamis lepas, bapa kepada Muhammad Amir Rusyaidi iaitu Muhammad Zaidi Abdul Rahman, 52, berkata, kematian anaknya itu merupakan kehilangan besar kepada mereka sekeluarga.

Muhammad Zaidi turut mahukan keadilan buat arwah anaknya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiada kesan kecederaan luaran dikesan terhadap Muhammad Amir yang meninggal dunia, 13 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia disebabkan strok haba dengan kegagalan pelbagai organ.

Sebelum itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan kes itu yang dikaitkan dengan kejadian buli sewaktu menjalani sesi latihan seliaan jurulatih tentera.