APM Jerantut bantu hantar pengawas ujian bertutur SPM

Iklan
APM Jerantut membantu 11 pengawas Ujian Bertutur SPM selepas. jambatan terputus. Foto ihsan APM

JERANTUT - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jerantut membantu menghantar 11 pegawas Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di daerah ini pada Isnin.

Pengarah APM Pahang, Leftenan Kolonel Pertahanan Awam (PA), Che Adam A Rahman berkata, bantuan itu susulan jambatan Sungai Kerak di sini terputus laluan akibat dinaiki air.

Iklan
Iklan
Anggota APM yang terlibat dalam operasi bantuan tersebut. Foto ihsan APM

Menurutnya, enam pengawas terbabit bertugas di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Basriah dan selebihnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tembeling.

"Seramai tiga anggota dan seorang pegawai terbabit dalam operasi bantuan tersebut pada jam 7.30 pagi.

Iklan

"Ketiga-tiga pengawas terbabit telah berjaya menyeberangi jambatan berkenaan menggunakan bot fiber," katanya.

Bot fiber yang digunakan untuk membantu menghantar 11 pengawas Ujian Bertutur SPM terbabit. Foto ihsan APM

Jerantut antara tiga daerah yang dilanda banjir di negeri ini selain Raub dan Lipis.

Iklan

Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 4.42 petang, seramai 13 mangsa membabitkan dua keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Teh di Jerantut.