Bank Rakyat lanjut ‘Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i’ hingga 28 Februari

Iklan
Pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah lumayan bernilai lebih RM400,000.

SHAH ALAM - Bank Rakyat melanjutkan ‘Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i’ bermula dari 1 Disember sehingga 28 Februari 2025 susulan sambutan luar biasa.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, menerusi kempen tersebut, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah lumayan bernilai lebih RM400,000.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk sebuah kereta elektrik BYD Atto 3, sebuah motosikal BMW, serta pakej umrah atau pelancongan untuk dua orang.

"Seterusnya, hadiah lain termasuk iPhone, motosikal Modenas, iPad, 5 gram wafer emas dan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus bernilai RM1,000," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas mengenai kempen berkenaan, Bank Rakyat memberitahu bahawa ia menggunakan konsep ‘langgan dan menang’.

Menurutnya, pelanggan memohon pembiayaan minimum RM30,000 dan berjaya diluluskan sepanjang tempoh kempen itu layak untuk menyertai cabutan hadiah menarik.

Iklan

Dalam pada itu, institusi perbankan tersebut turut memaklumkan pemenang kempen fasa pertama iaitu 1 September sehingga 30 November 2024 akan diumumkan pada Disember 2024.

Sehubungan itu, pelanggan dinasihatkan untuk mengikuti saluran media sosial Bank Rakyat untuk maklumat lanjut mengenai senarai pemenang

"Bank Rakyat menyarankan orang ramai untuk mengambil peluang ‘Kempen Emas 2 Kilo’ yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah dua kilogram (kg) emas bagi ‘Pembiayaan Pajak Gadai-i’ yang akan berakhir pada 31 Disember 2024.

"Sementara itu, pelanggan Kad Kredit-i pula berpeluang untuk memenangi pakej percutian bernilai RM20,000, MacBook Pro, Dyson Hair Dryer dan lain-lain dengan pembelian emas melalui ‘Kempen Gold Fest’ yang berakhir pada 31 Disember 2024,” ujar kenyataan itu.

Tambah Bank Rakyat lagi, menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM5.8 juta untuk dimenangi.

Menurutnya, pencarian jutawan kedua Akaun Pelaburan-i Rizq Plus akan dilakukan pada Januari 2025 dan kelayakan cabutan bagi hadiah wang tunai bernilai RM1 juta adalah dengan mengekalkan baki purata bulanan dalam akaun tersebut sebanyak RM5,000 pada 31 Disember.

"Di samping itu, Bank Rakyat bakal menganjurkan 'Muslimah Fest', bermula 20 hingga 22 Disember 2024, bertempat di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur,” katanya.