Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun

Iklan
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898. Gambar hiasan

TOKYO - Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin, lapor Xinhua.

Purata suhu musim luruh di seluruh Jepun ialah 1.97 darjah Celsius melebihi paras normal, memecahkan rekod dicatatkan tahun lepas dengan margin ketara sebanyak 0.58 darjah, menurut data itu.

Iklan
Iklan

Agensi tersebut mengaitkan cuaca panas luar biasa ini dengan kesan pemanasan global dan peralihan aliran udara ke arah utara, yang membolehkan udara panas dari selatan mendominasi.

Peningkatan suhu yang ketara termasuk di Bandar Raya Saga yang mencatat 22.2 darjah Celsius (3.2 darjah melebihi purata), Nagoya -- 21.5 darjah Celsius (2.9 darjah melebihi purata), dan di tengah Tokyo yang mencatatkan 20.3 darjah Celsius (2.4 darjah melebihi purata).

Iklan

Walaupun suhu untuk musim sejuk yang akan datang dijangka sejajar dengan purata setiap musim, salji lebat dijangka melanda bahagian pantai Laut Jepun, termasuk kawasan yang terjejas akibat gempa bumi di Semenanjung Noto. - Bernama/Xinhua

Iklan