Ibu mentua editor Sinar Harian meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Senyam meninggal dunia di Hospital Shah Alam akibat serangan jantung.

SHAH ALAM - Ibu mentua kepada editor komersial Sinar Harian, Hanafiah Hashim, Senyam Sitam, 73, meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarang Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp pada jam 9.30 malam ini.

Iklan
Iklan

"Dimaklumkan ibu kepada Puan Wana, ibu mentua Hanafiah Hashim, baru sahaja meninggal dunia di Hospital Shah Alam sebentar tadi.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan di kalangan para solehah," katanya.

Iklan

Difahamkan jenazah Allahyarham Senyam akan dikebumikan di kampung halamannya di Lubok China, Melaka.

Sementara itu Hanafiah ketika dihubungi memaklumkan, Allahyarham ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut akibat serangan jantung.

Iklan

"(Sebelum ini) Allahyarham sudah seminggu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Shah Alam," katanya.