Jangan pinggirkan UAV infantri
Iklan
PESAWAT tanpa pemandu atau lebih dikenali dengan akronimnya, UAV (Unmanned Aerial Vehicle) hari ini telah membuktikan bahawa penggunaannya dalam apa jua konflik bersenjata adalah satu keperluan dan kemestian.
Dengan kepesatan pembangunan teknologi elektronik, gelombang isyarat kawalan serta bahan komposit yang bersifat mikro namun lasak, UAV hari ini telah melaksanakan pelbagai penugasan yang tidak lagi hanya terhad kepada risikan dan pemantauan.