ORLANDO - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Isnin oleh Mahkamah Daerah Orange, Orlando selepas didapati bersalah membunuh teman lelakinya.
Sarah Boone, 47, didakwa pada Oktober tahun lepas atas pertuduhan 'mengurung' teman lelakinya, Jorge Torres Jr dalam beg pakaian selama beberapa jam sebelum mangsa lemas dan meninggal dunia.