JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Polis bertindak mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda, kerana dipercayai terbabit dalam kemalangan hingga merosakkan kenderaan lain di sekitar kawasan Adda Heights, di sini, Khamis lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, tindakan saman itu dilaksanakan susulan klip video yang tular di aplikasi X yang memaparkan pertengkaran mulut yang berlaku antara dua individu dipercayai pemilik kepada kenderaan-kenderaan yang terbabit iaitu kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 45 tahun dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.