BAKAL Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran padah buruk menanti Asia Barat jika tebusan masih ditahan di Gaza sebelum beliau memasuki White House pada 20 Januari ini.
Menerusi hantaran di Truth Social, beliau turut menyifatkan tindakan menahan tebusan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Iklan
Iklan
Tambahnya, mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman lebih berat daripada sesiapa yang pernah dikenakan hukuman dalam sejarah panjang AS.
Kenyataan berkenaan tebusan itu dikeluarkan Trump buat pertama kali sejak beliau dipilih rakyat AS pada Pilihan Raya Presiden 5 November lalu.
Kenyataan juga menyusul ketika mana jumlah keseluruhan kematian di Gaza sejak tahun lalu menghampiri kepada 44,300 orang. - Awani