Kapal kargo terbakar, 19 kru diselamatkan

Iklan
Kebakaran yang berlaku di atas kapal kargo berkenaan. Foto Maritim Malaysia

BATU PAHAT – Seramai 19 kru melibatkan 18 warga Filipina dan seorang warga tempatan berjaya diselamatkan dalam insiden kebakaran kapal kargo pada kedudukan 9.1 batu nautika Tanjung Laboh di sini pada Isnin.

Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal, pihaknya menerima aduan daripada pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) sekitar jam 8.40 pagi berhubung kebakaran kapal kargo yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu.

Iklan
Iklan

Katanya, sebaik menerima maklumat, dua bot peronda Maritim Malaysia bersama sebuah bot pasukan Polis Marin (PPM) digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat dan membuat kawalan keselamatan.

Seramai 19 kru melibatkan 18 warga Filipina dan seorang warga tempatan berjaya diselamatkan dalam insiden kebakaran kapal kargo pada kedudukan 9.1 batu nautika Tanjung Laboh di sini pada Isnin.Foto Maritim Malaysia

"Kesemua mangsa dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke bot peronda Maritim Malaysia untuk dibwa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Kerja-kerja pemadaman api masih giat dilakukan berikutan tangki minyak berada di bawah tempat yang mengalami kebakaran,” katanya.

Sementara itu, dilaporkan tiada berlaku tumpahan minyak di lokasi terbabit.

Iklan

Bagaimanapun, pihak Maritim Malaysia akan terus membuat pemantauan berterusan berhubung perkara tersebut.