SPRM sahkan siasat BAM

Iklan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Foto Bernama

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut sumber, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit.

Iklan
Iklan

"Siasatan sedang dijalankan namun difahamkan SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden BAM.

"Berkaitan perkara lain, ia akan dimaklumkan kelak," katanya pada Selasa.

Iklan

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan BAM mengesahkan kehadiran pegawai SPRM ke pejabat badan induk di Bukit Kiara, Kuala Lumpur bagi mendapatkan beberapa maklumat tertentu.

Bagaimanapun, tiada info lanjut dari BAM berhubung maklumat yang diminta oleh SPRM.

Iklan

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan kehadiran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat badan induk itu pada minggu lalu.

Kunjungan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu bagi mendapatkan beberapa maklumat tertentu.

Artikel:

https://www.sinarharian.com.my/article/700116/berita/sukan/bam-sahkan-kunjungan-pegawai-sprm

Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version

#SinarHarian #BuletinTikTok #BAM #SPRM #Siasatan #PimpinanTertinggi" />