Calon SPM terkandas banjir boleh hadir ujian esok, Khamis - Fadhlina

Iklan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika ditemui media pada Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku: Epitom Aspirasi Kerajaan Madani di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak dapat menghadiri peperiksaan susulan terkandas akibat banjir masih berpeluang untuk mendudukinya pada hari esok atau Khamis.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran itu dibuat bagi memastikan semua calon tidak ketinggalan untuk menduduki SPM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun setakat ini tidak timbul sebarang isu atau masalah dalam pelaksanaan peperiksaan itu.

"Bagi calon yang tidak dapat hadir peperiksaan yang bermula sejak semalam, mereka boleh hadir hari ini atau esok.

Iklan

"Kita akan buat dan pastikan semua calon dapat menduduki peperiksaan,” katanya selepas menghadiri Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku: Epitome Aspirasi Kerajaan Madani di Laman Sidang Dewan Parlimen, di sini pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Sebelum ini, ujian lisan BM bagi SPM diadakan sejak semalam dan berakhir Khamis ini.

Ujian yang berlangsung selama empat hari itu memerlukan pelajar hadir sehari mengikut jadual ditetapkan.

Tambah Fadhlina, kini sudah masuk fasa kedua iaitu pembugaran emosi yang memberi tumpuan penuh kepada calon untuk mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan.

"Sebelum ini kita telah buat fasa pertama, pindah calon ke asrama bagi menempatkan mereka sepanjang peperiksaan berlangsung dan ia telah selesai seratus peratus.

"Kita doa supaya tidak ada perkara yang lebih mudarat daripada apa yang kita kendalikan,” ujarnya.