MP PN tuntut peruntukan RM1 juta untuk kawasan terjejas banjir

Iklan
Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman bersama Ahli Parlimen PN ketika sidang media di Parlimen pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mempertimbangkan peruntukan segera sebanyak RM1 juta kepada ahli Parlimen pembangkang yang kawasannya terjejas banjir untuk membantu rakyat terlibat.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya telah membuat permohonan termasuk melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) berhubung hasrat tersebut.

Iklan
Iklan

"Peruntukan yang dipohon adalah RM1 juta, yang kami layak adalah RM3.8 juta. RM1 juta ini khusus untuk mereka yang dilanda banjir, kalau tak bagi juga tak tahulah.

"Saya dah mohon, saya dah SMS...hari ini kita buat cara terbuka, mohon supaya PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mempertimbangkan peruntukan RM1 juta untuk membeli makanan dan juga peralatan seperti tilam dan sebagainya," katanya pada sidang media bersama ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Parlimen pada Selasa.

Iklan

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman membuat gesaan sama dengan membanding keprihatinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyalurkan peruntukan RM300,000 kepada semua ahli Parlimen tanpa rundingan ketika pandemik Covid-19.

"Kenapa sekarang kerajaan tak boleh umumkan segera khususnya kepada ahli Parlimen yang terjejas banjir, dengan musibah hari ini tak cukup RM300,000 kena RM1 juta.

Iklan

"Saya juga mohon kerajaan percepatkan bantuan mangsa di PPS (pusat pemindahan sementara). Kalau dulu (dapat) RM1,000, cepatkan sebelum mereka balik sebab sekarang dalam proses balik. Kalau boleh (selesaikan) dalam minggu ini,"katanya.