SHAH ALAM - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) menjadi penanda aras kepada R&R Lebuhraya PLUS yang lain apabila menampilkan konsep kelestarian serta mengutamakan keperluan pengguna.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pembangunan semula kawasan rehat tersebut merupakan salah satu perancangan yang terkandung dalam pelan induk pembangunan jangka panjang dibangunkan sejak 2023.
Menurutnya, pelan lima tahun itu turut merangkumi penambahbaikan dan menaik taraf fasiliti di kawasan rehat, hentian sebelah dan plaza tol sepanjang Lebuhraya PLUS.
"R&R Seremban ini merupakan kawasan rehat yang pertama tampil dengan konsep kelestarian. R&R ini memberikan lebih keselesaan dan ketenangan kepada pemandu ketika berhenti berehat, serta mereka dapat menggunakan keperluan seperti tandas, surau dan sebagainya dengan lebih selesa.
"Reka bentuk surau di R&R Seremban ini lebih lestari dan menggunakan konsep terbuka dengan pengudaraan semula jadi, menyediakan ruang solat yang lebih luas dan tenang untuk beribadah, tempat mengambil wuduk serta terdapat ruang solat khas untuk orang kelainan upaya (OKU).

R&R Seremban (arah selatan) menawarkan keselesaan kepada pengunjung untuk berehat dengan lebih tenang dan mesra pengguna.