Banjir: PPS di SMK Melor Kota Bharu ditutup

Iklan
PPS di SMK Melor di sini ditutup sepenuhnya pada jam 9 pagi tadi. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini ditutup sepenuhnya pada jam 9 pagi tadi.

Sukarelawan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) CDA 08 CDERT Ketereh, Nik Narinna Azlida Nik Nasrudin berkata, seramai 198 keluarga melibatkan 688 penghuni ditempatkan di PPS berkenaan sejak dibuka pada Rabu lepas dan hari ini dibenarkan pulang setelah banjir surut.

Iklan
Iklan

"PPS ini menempatkan penghuni dari Kampung Sri Kulim, Kedai Melor, Hutan Buloh, Tegayong, Pelunggol, Pdang Halban, Padang Taman dan Limbat yang diselaraskan Penghulu Mukim Melor Che Omar Che Yusoff.

"Mereka berpindah atas faktor keselamatan setelah rumah dan laluan jalan dinaiki air hingga melebihi dua meter bermula Rabu lepas, jadi hari ini mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada Bernama hari ini.

Iklan

Beliau berkata, ada dalam kalangan penghuni PPS itu terdiri orang kurang upaya, warga emas, ibu hamil, ibu berpantang, bayi dan kanak-kanak.

Antara agensi pengurusan bencana yang memberi kerjasama ialah APM, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pusat Kesihatan Daerah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan.

Iklan