Empat kereta terbakar di parkir pangsapuri

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR - Empat buah kereta terbakar dalam kejadian di Flat A9 Seksyen 2 Wangsa Maju di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Norman Marzuki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.35 pagi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dengan kekuatan seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Antara kereta yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

"Kebakaran melibatkan empat buah kereta iaitu Hyundai Atos terbakar 60 peratus, dua Perodua Myvi masing-masing terbakar 75 peratus dan 40 peratus serta Proton Satria Neo terbakar 40 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal dan dipadam anggota bomba di lokasi kejadian.

"Kebakaran tersebut tidak melibatkan mangsa sementara punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan