Dewan Rakyat kecoh, MP Jelutong tak setuju guna bahasa Melayu sahaja

Iklan
Rosol, Rayer

KUALA LUMPUR - Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada petang Selasa sedikit kecoh apabila Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mencadangkan agar semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dalam perbualan harian.

Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang bangkit dan mempersoalkan cadangan tersebut memandangkan bahasa Tamil dan Cina merupakan bahasa ibunda bagi kaum tersebut.

Iklan
Iklan

Rayer juga mendakwa bahawa Perikatan Nasional khususnya Rosol mempunyai masalah dan menentang bahasa Tamil dan Cina.

"Adakah PN tentang bahasa Tamil dan Cina, kenapa?” soalnya.

Iklan

Sebelum itu, Rosol memberitahu, beliau ada bertemu dengan pelancong dari Indonesia dan mereka berasa hairan apabila melihat rakyat Malaysia menggunakan pelbagai bahasa.

"Ketika menggunakan pengangkutan awam, mereka kata orang Malaysia guna banyak bahasa. Orang India cakap Tamil, Cina pula Mandarin atau Hokkien, Melayu cakap bahasa Melayu.

Iklan

"Ia tidak berlaku di Singapura dan Indonesia kerana masing-masing bercakap dalam bahasa Inggeris dan Indonesia,”ujarnya.

Tambah beliau, diharapkan dengan adanya program memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris orang ramai akan menggunakan satu bahasa dalam perbualan.

"Ini akan menjadikan kita semua guna bahasa Melayu sepenuhnya,” ujarnya.