KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM32.06 bilion daripada RM31.31 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut kepada RM22.10 bilion daripada RM23.80 bilion sebelum ini.
Iklan
Iklan
Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada jam 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM32.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM22.10 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus setakat 2 Disember. - Bernama