Pengusaha hotel di Negeri Sembilan disaran pakai baju batik bunga lado

Iklan
Nicole melihat baju batik elemen bunga lado di pameran sempena Hari Batik Malaysia.

SEREMBAN - Pengusaha hotel di Negeri Sembilan disaran mengetengahkan elemen batik bunga lado pada pakaian seragam pekerja mereka.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, ia sebagai salah satu usaha mempromosikan identiti negeri ini.

Iklan
Iklan
Nicole (tengah) cuba mencanting batik di ruang pameran sempena sambutan Hari Batik Malaysia 2024.

"Bunga lado ini bukan saja melambangkan keunikan Negeri Sembilan tetapi merupakan salah satu identiti negeri ini.

"Saya difahamkan telah ada hotel yang ambil inisiatif menukar pakaian seragam pekerja mereka dengan mengetengahkan elemen bunga lado dan saya harap hotel-hotel lain juga dapat mengambil langkah sama," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pameran sempena sambutan Hari Batik Malaysia 2024 di sini pada Selasa.

Menurutnya, industri perhotelan dilihat memainkan peranan penting dalam mempromosikan sembilan identiti Negeri Sembilan yang salah satunya adalah bunga lado.

Iklan

Ujarnya, beberapa agensi kerajaan telah pun mengambil langkah menjadikan batik bunga lado sebagai salah satu pakaian korporat mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan lebih ramai yang menceburi industri batik di negeri ini dengan memberi tumpuan kepada batik bunga lado.

"Saya difahamkan terdapat 12 pengusaha batik di negeri ini dan yang aktifnya hanya lima.

"Saya tak nafikan yang industri batik di negeri ini tidak begitu popular seperti di Kelantan dan Terengganu, tetapi sekiranya ada yang menjadi perintis, saya percaya dapat menjana pendapatan lumayan," katanya