AS kenakan sekatan baharu terhadap eksport cip ke China

Iklan
AS pada Isnin mengenakan sekatan baharu ke atas eksport beberapa cip dan peralatan semikonduktor ke China dengan alasan keselamatan negara. Gambar hiasan Foto 123rf

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengenakan sekatan baharu ke atas eksport beberapa cip dan peralatan semikonduktor ke China dengan alasan keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Langkah itu 'direka untuk melemahkan lagi' keupayaan China untuk menghasilkan semikonduktor maju 'yang boleh digunakan dalam sistem senjata canggih generasi akan datang dan dalam kecerdasan buatan (AI) serta pengkomputeran berprestasi tinggi, yang mempunyai aplikasi ketenteraan yang signifikan', menurut kenyataan oleh Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan AS.

Iklan
Iklan

Biro itu berkata, langkah berkenaan termasuk kawalan baharu ke atas 24 jenis peralatan pembuatan semikonduktor dan tiga jenis alat perisian untuk membangunkan atau menghasilkan semikonduktor yang terlibat dalam memajukan pemodenan ketenteraan China. Perubahan lain akan meningkatkan keberkesanan kawalan sebelumnya.

Langkah itu yang berkuat kuasa mulai Isnin juga termasuk penambahan lebih daripada 100 entiti ke dalam senarai perdagangan terhad, bermakna syarikat AS perlu memohon kebenaran khusus untuk menghantar peralatan berkenaan.

Iklan

Penambahan itu termasuk"kilang fabrikasi cip (fab), syarikat alat dan syarikat pelaburan yang bertindak atas arahan Beijing untuk mempercepatkan matlamat cip maju China yang menimbulkan risiko kepada keselamatan negara AS dan sekutunya," kata biro itu.

"Tindakan ini merupakan kemuncak pendekatan sasaran Pentadbiran Biden-Harris... untuk melemahkan kemampuan China dalam menghasilkan teknologi canggih yang menimbulkan risiko kepada keselamatan negara kami," kata Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo.

Iklan

Beliau berkata kawalan eksport tambahan itu"menekankan" peranan utama Jabatan Perdagangan dalam strategi keselamatan negara AS.- Bernama