Harimau kumbang masuk perangkap

Iklan
Perhilitan Negeri Sembilan berjaya menangkap seekor harimau kumbang jantan yang dipercayai berkeliaran di sekitar Kampung Peradong di sini, pada Selasa. Foto media sosial

JELEBU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau kumbang jantan yang dipercayai berkeliaran di sekitar Kampung Peradong di sini, pada Selasa.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, usaha menangkap haiwan terbabit dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai serangan harimau terhadap ternakan pada 25 Oktober lepas.

Iklan
Iklan

"Haiwan berkenaan disyaki berasal dari hutan simpan berdekatan yang mana semasa siasatan, pengadu seorang lelaki berusia 50-an memberitahu harimau berkenaan cuba menghampiri kandang kambingnya.

"Bagaimanapun tiga ekor anjing penjaga kandang yang kena baham," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, Pejabat Perhilitan Daerah Jempol telah membuat pemantauan dan mendapati terdapat kesan tapak harimau kumbang dan telah memasang perangkap.

"Pemantaun dijalankan secara berkala di lokasi aduan sebelum jam 8 pagi tadi harimau seberat kira-kira 37 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai yang memelihara haiwan ternakan berdekatan dengan pinggir hutan supaya sentiasa mengawasi ternakan masing-masing selain menyelenggara kandang atau pagar bagi mengelakkan menjadi mangsa harimau kumbang.

"Segala aduan boleh dipanjangkan kepada Pejabat Perhilitan Daerah yang terdekat sekiranya terdapat kesan atau penampakan harimau kumbang," katanya.