Isu FashionValet: Vivy, suami akan didakwa Khamis ini

Iklan
Pengasas platform e-dagang, Vivy dan suaminya, Fadzaruddin Shah akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, Khamis ini.

SHAH ALAM - Pengasas platform e-dagang, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, Khamis ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Iklan
Iklan

"Betul, mereka akan didakwa Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur.

"Pasangan itu akan hadir ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi, Khamis ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Difahamkan, pasangan itu akan didakwa berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, berjumlah RM43.9 juta.

Khamis lepas, SPRM memaklumkan kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

Iklan

Sebelum itu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Transaksi mencurigakan itu dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu.