KUALA LUMPUR – KMDI Harta Berhad mensasarkan pengumpulan dana sehingga RM200 juta melalui penerbitan saham keutamaan pada masa terdekat.
Sasaran pengumpulan dana berjumlah RM200 juta akan dilakukan melalui penerbitan saham keutamaan boleh tebus kepada umum.
KMDI Harta Berhad yakin, penerbitan saham keutamaan ini dapat mencapai sasaran sebelum suku ketiga tahun 2025.
Pada masa ini, KMDI Harta Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dengan pembinaan dan pembangunan hartanah serta pembangunan infrastruktur berimpak tinggi. Selaras dengan kelulusan pindaan perlembagaan Syarikat KMDI Harta Berhad oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia membolehkan KMDI Harta Berhad menawarkan saham keutamaan kepada yang berminat.
KMDI Harta Berhad juga telah mendepositkan Memorandum Maklumat kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengikut pematuhan Seksyen 229 dan 230 Akta Pemasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) yang membenarkan KMDI Harta Berhad menawarkan saham keutamaan boleh tebus kepada pelabur yang layak bagi memperluas modal sedia ada serta merancang pelaburan strategik dalam merangka pertumbuhan dan pembangunan perniagaan.
Memorandum Maklumat yang dikeluarkan oleh KMDI Harta Berhad bertujuan untuk memberikan penerangan serta informasi mengenai pelaburan, strategi pelaburan terkini, serta potensi pulangan yang menarik kepada individu atau korporat yang berminat untuk bersama dengan KMDI Harta Berhad dalam perniagaan pembinaan dan pembangunan hartanah. KMDI akan mematuhi segala tatakelola yang di tetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
KMDI Harta Berhad yakin, perniagaan pembinaan dan pembangunan hartanah adalah sebuah perniagaan yang mampu memberikan pulangan tanpa risiko kepada pelabur untuk menikmati hasil daripada pelaburan yang mereka lakukan. Buat masa sekarang nilai GDV projek KMDI Harta Berhad berjumlah RM400 juta. KMDI menggunakan khidmat CL Finance Advisor sebagai penasihat korporat kewangan bagi memastikan perjalanan pelaburan yang sistematik dan dinamik.
KMDI Harta Berhad optimis untuk bersama – sama membuka dan mencari peluang untuk dikongsikan bersama individu atau korporat yang berminat dalam perniagaan pembinaan dan pembangunan hartanah.
KMDI Harta Berhad berazam untuk penyenaraian di Bursa Malaysia menerbitkan IPO dan sukuk dalam masa terdekat ujar Ahmad Mazhar Abdul Aziz Pengarah Komunikasi Korporat Kumpulan KMDI.