PM Singapura dijangkiti Covid-19

Iklan
Lawrence Wong - Foto: Agensi

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong disahkan positif Covid-19 pada Selasa, kali pertama beliau dijangkiti virus itu.

Lawrence yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau menjalani ujian itu selepas bangun tidur dengan tekak yang sakit selepas siri lawatan kerja ke luar negara baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Pada mulanya, saya menyangka ia mungkin hanya selesema biasa, tetapi saya memutuskan untuk menjalani ujian untuk kepastian. Rupa-rupanya, selepas bertahun-tahun, akhirnya saya terkena Covid juga!" katanya dalam hantaran di Facebook.

Lawrence berkata, secara keseluruhan beliau merasa dirinya dalam keadaan baik dan akan menjalani kuarantin kendiri sambil bekerja dari rumah.

Iklan

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan mereka mendapatkan suntikan selesema dan vaksin, terutamanya menjelang musim cuti.

"Jika anda berasa tidak sihat, sila pakai pelitup muka dan ambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi diri sendiri dan orang di sekeliling anda,” katanya.

Iklan