Bomba Kelantan terima lebih 300 panggilan kecemasan banjir

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kelantan ketika melakukan operasi menyelamat penduduk Kampung Lati yang terperangkap selepas paras air naik secara mendadak susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu - Foto: Bernama

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima lebih 300 panggilan kecemasan daripada orang ramai berhubung bencana banjir pada 27 November lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, semua panggilan itu diterima bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya panggilan pada waktu-waktu itu boleh mendatangkan bahaya dalam usaha menyelamat, seperti kejadian jalan terputus. Justeru, kita minta kepada penduduk terutama di kawasan yang mudah dinaiki air agar segera berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua, Mohd Wildan berkata, pihaknya sebelum ini menerima bantuan dari Perak, Terengganu dan Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kesemua anggota dan logistik bantuan dikekalkan di lokasi bencana, dan dalam tempoh"bertenang” ini pihak pasukan petugas bengkel akan memeriksa kelengkapan logistik yang digunakan sebelum ini. - Bernama