KLUANG - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penderaan anak perempuannya yang berusia 10 tahun di Kampung Tengah di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penahanan suri rumah berusia 32 tahun pada jam 12.15 tengah hari itu susulan laporan dibuat guru besar sekolah mangsa.