Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN

Iklan
Shamsul Azri (tengah) bersama para editor dan pengamal media pada Majlis Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Media di sebuah hotel hari ini. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.

Beliau berkata, penjawat awam juga perlu melaksanakan tugas berlandaskan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A, iaitu Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif.

Iklan
Iklan

"Tidak kira dia siapa, anda berkhidmat kepadanya tanpa mengira pangkat ... kerajaan hari ini di bawah reformasi saya, anda perlu melayan semua orang sama rata. Berikan perkhidmatan terbaik untuk semua," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Media, di sini hari ini.

Shamsul Azri berkata, penjawat awam juga perlu berbangga dengan tugas mereka berkhidmat untuk rakyat dan kerajaan.

Iklan

Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid serta Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Shukor Mahmood.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Bernama TV, Nor Hamzeela Md Hambali dan Ketua Bernama Radio, Azlan Idris. - Bernama

Iklan