BANGKOK - THAILAND.Remaja Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri ke Thailand setelah mendakwa dirinya didera keluarga, kini menerima suaka perlindungan di Kanada.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa - Bangsa Untuk Pelarian (UNHCR) meminta negaranya menerima Rahaf Mohammed al- Qunun yang
Iklan
Iklan
mendapat perhatian antarabangsa apabila mengurung diri dalam bilik hotel di Lapangan Terbang Suvarnabumi di Bangkok kerana takut dibunuh keluarga sekiranya dihantar pulang ke negara asal.
Sebuah pesawat Korean Air membawa al-Qunun meninggalkan Bangkok pada jam 11:37 malam semalam (waktu tempatan) menuju ke Seoul sebelum menyambung perjalanan ke Toronto, Kanada.
Dalam pada itu al-Qunun enggan bertemu bapa dan abangnya yang tiba di Bangkok bagi membawanya pulang, dan kedua-duanya turut bersedih kerana tidak dapat berjumpa al-Qunun. - Reuters