Lebih mudah jangkau mangsa guna media sosial
Iklan
SHAH ALAM - Platform Media sosial digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan haram disebabkan ia mudah menjangkau mangsa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
"Di platform ini, penjenayah dapat mengenal pasti individu seperti golongan muda atau mereka yang menghadapi kesulitan kewangan. Penjenayah menggunakan taktik manipulasi termasuk mencipta hubungan emosi dengan mangsa melalui mesej peribadi dan menawarkan peluang palsu, seperti pekerjaan dengan menjanjikan gaji tinggi atau hubungan romantik.