Menconteng di halaman buku
SEORANG kenalan menghadiahkan saya sebuah buku berjudul Jejak Jutawan, karya jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi. Sementelah saya kini seorang solopreneur, saya dapat meluangkan lebih banyak masa untuk membaca. Irfan Khairi adalah ikon dunia internet Malaysia.
Dia sudah pun terkenal sebelum internet menjadi media komunikasi kita dengan pelbagai media sosialnya. Mungkin kerana sudah menjadi jutawan sejak sekian lama, beliau tidak perlu membadutkan diri, membuat pelbagai parodi atau merayau di khalayak ramai untuk memperkenalkan diri.
Beliau personaliti berjaya yang low profile. Saya teruja dengan sudut-sudut pandangannya yang ternyata bagus dan berlainan dari buku karya tokoh-tokoh bisnes lain. Sambil membaca, lantas secara tidak semena-mena saya menggaris dan membuat lakaran membulat untuk isi-isi penting. Tetapi seketika kemudian saya baru tersedar yang saya sudah menconteng buku itu!