Simpati lihat warga emas berkerusi roda sukar lalu jalan berbukit

Iklan
Mohd Shafiq sanggup membantu sorong kerusi roda milik warga emas tersebut.

SHAH ALAM - Seorang lelaki sanggup membantu warga emas yang tidak dikenali walaupun terpaksa menolak kerusi roda hampir satu kilometer (km) sambil meredah jalan berbukit.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Mohd Shafiq Mohd Fauzi, 29, dan ia berlaku sewaktu dia dan isteri pulang dari tempat kerja melalui jalan arah Durian Tunggal, Melaka.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Shafiq, dia kerap melihat warga emas berkenaan menggunakan jalan tersebut sejak lapan tahun lalu.

Mohd Shafiq Mohd Fauzi (kiri) bersama isterinya.

"Selama lebih kurang lapan tahun bekerja dan ulang-alik guna jalan itu, saya selalu tengok dia sorong kerusi rodanya seorang diri. Setiap hari lalu jalan itu, memang akan tegur dia.

Iklan

"Mahu dijadikan cerita ketika itu terdetik untuk tolong, kemudian saya nampak dia tolak kerusi roda dengan keadaannya yang berusia, kaki sebelah sudah tidak ada dan nampak agak sukar untuk naik bukit.

Mohd Shafiq tidak menafikan keadaan jalan yang berbukit dan jauh menyukarkan perjalanan untuk sorong kerusi roda itu tetapi dia tidak kisah bermandi peluh asalkan dapat menolong individu tersebut.

Iklan

Dia sempat berbual bertanyakan tentang kisah kehidupan mengenai warga emas yang dibantu.

"Saya melihat keadaannya dan rasa dia seorang batang kara. Jadi saya sempat minta dia untuk jaga kesihatan.

"Dia mengiyakan sahaja dan berjanji untuk menjaga kesihatan kemudian tak henti-henti ucap terima kasih dekat saya. Saya mahu hantar sampai depan rumah sekurangnya nanti dapat tolong tetapi dia tolak sebab tak mahu susahkan.

"Sebenarnya pada mula-mula tadi saya memang mahu hantar dengan kereta tetapi tetap ditolak banyak kali oleh pakcik tersebut, tidak apalah asalkan dia sudah selamat,” ujarnya.

Katanya, melihat kepada keadaan warga emas itu, dia cuma berharap akan ada orang lain yang sudi memberikan pertolongan kerana risau jika terjadi perkara tidak diingini.