Gesaan PM bank bayar semula kerugian legakan mangsa scammer

Iklan
Kes penipuan dalam talian melibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada akaun pelanggan semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Foto hiasan

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak bank membayar semula kerugian yang dialami mangsa penipuan dalam talian atau scammer sekiranya jenayah itu dikenal pasti berlaku disebabkan kecuaian pihak terbabit pastinya memberi kelegaan kepada mangsa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) Akta 593.

Iklan
Iklan

Ia berikutan kes penipuan dalam talian melibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada akaun pelanggan semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Meskipun mangsa penipuan membuat laporan polis dan mengikuti prosedur yang diminta, namun mereka mungkin tidak menerima semula wang berkenaan dalam tempoh terdekat.

Iklan

Justeru, bank merupakan penjaga utama aset kewangan rakyat yang perlu memastikan bahawa sistem keselamatan mereka kukuh dan berdaya saing untuk menangani ancaman penipuan dalam dunia digital yang semakin berkembang pesat.

Dengan arahan Perdana Menteri untuk memastikan bank bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecuaian mereka, inisitaif tersebut diharapkan akan membawa kepada pembaharuan yang lebih ketat dalam industri perbankan Malaysia.

Iklan

Keberkesanan arahan berkenaan diyakini mampu melindungi hak dan keselamatan rakyat.